SEJARAH TKRS





SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN TKRS DI SK LUBOK TERAS

Sebelum tahun 2013, terdapat 2 unit beruniform di SKLT, iaitu Pengakap untuk murid lelaki dan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk murid perempuan. Kedua-dua unit ini telah lama wujud, namun pencapaian murid di peringkat daerah agak tidak memberangsangkan, manakala tiada langsung pencapaian di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Encik Ibrahim bin Othman, GPK Kokurikulum SKLT pada ketika itu telah mencadangkan agar ditubuhkan satu unit sahaja di SKLT. Hasil perbincangan dengan Encik Mohd Afnizam, Encik Muhammad Hafiz, Encik Mohd Zairani dan Tuan Guru Besar, Encik Ralisyardy telah bersetuju untuk memilih Tunas Kadet Remaja Sekolah sebagai unit beruniform yang baru. Ini memandangkan TKRS merupakan unit dibawah KPM dan tidak mengenakan sebarang yuran kepada murid-murid. 

Maka, pada tahun 2013, dibawah kepimpinan En Mohd Afnizam sebagai GPK Ko yang baru, pasukan TKRS telah ditubuhkan di SKLT dengan murid Tahun 4 2013 (Class of 2015) menjadi pasukan TKRS pertama sekolah. Murid lain diberi kelonggaran untuk menyertai dan membeli pakaian TKRS mengikut pada kemampuan mereka.

Murid Tahun 4 2013 memperagakan uniform baru mereka. Gambar diambil pada 29 Januari 2013 dan ini merupakan saat pertama pakaian uniform TKRS dipakai oleh murid-murid SKLT

Pihak sekolah juga telah mengadakan perkhemahan TKRS pertama pada tahun 2013 dengan Encik Wan Shamsukardi bin Wan Aziz, GPK1 ketika itu mengolah kurikulum perkhemahan berdasarkan kurikulum KRS.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama murid SK Lubok Teras menyertai perkhemahan di peringkat daerah pula. Seramai 10 orang murid telah dibawa menyertai perkhemahan ketika itu. Walaupun masih baru dan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi, namun para guru yang diketuai sendiri oleh Encik Afnizam dan En Nadzri telah bersemangat memastikan kadet-kadet SKLT mendapat pendedahan pertama di peringkat luar. Perkhemahan ini merupakan "turning point" kepada pasukan TKRS SKLT kerana menjadi medan pertama mereka mempelajari kemahiran-kemahiran asas dalam TKRS seperti ikatan dan kawad.


Persembahan kebudayaan yang mendapat tempat ke-3. Dilatih oleh Puan Rosma Nabila menampilkan lagu asli Terengganu.

pertama kali belajar kemahiran asas kawad

Ustaz Hisyam dan Encik Nadzri merupakan antara dua individu yang setia bersama kadet-kadet sepanjang perkhemahan

Belajar kemahiran asas ikatan dan memasuki pertandingan ikatan

Gambar pada hari terakhir perkhemahan bersama Tuan Guru Besar, Encik Che Wan Ralisyardy

Hasil daripada perkhemahan 2014, video rakaman kawad kaki telah berjaya diambil dan Encik Hafiz Abdullah dipilih sebagai guru pengiring pasukan daerah. Ini merupakan saat penting kerana ianya membuka peluang kepada murid SKLT untuk ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

Tahun 2015, SKLT sekali lagi menghantar seramai 5 orang wakil ke perkhemahan daerah. Namun, kali ini kadet-kadet SKLT lebih bersedia. Hasilnya, dua daripada mereka, iaitu Nur Izzati Izaman dan Nur Sahira binti Mohd Ramlan telah dipilih ke peringkat negeri.


Kadet SKLT pada tahun 2015 semakin mahir dan pandai menyesuaikan diri

Kadet SKLT yang ke perkhemahan daerah pada tahun 2015

Nur Izzati Izaman pula telah mencipta sejarah apabila berjaya muncul dalam pertandingan ikatan di peringkat negeri, seterusnya dipilih mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Nur Izzati menjadi murid pertama SKLT yang berjaya ke peringkat kebangsaan.


Sahira dan Izzati di perkhemahan peringkat negeri,
Pada akhir Tahun 2015, pihak Daerah telah mengadakan Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal untuk semua kadet daerah Setiu. SK Lubok Teras mengambil peluang ini bagi menonjolkan buat pertama kalinya, kehebatan mereka terutamanya dari segi kemahiran kawad. SKLT telah menghantar seramai 9 orang kadet untuk menjalani ujian. Tanpa disangka, pasukan TKRS SKLT muncul sebagai pasukan dengan kadet paling ramai lulus ujian Koperal pada ketika itu. 7 murid termasuk 3 murid Tahun 4 berjaya mendapat pangkat koperal. Perkara ini telah mengejutkan ramai pihak dan kehebatan pasukan TKRS SKLT mula diterima ramai.


Pasukan pertama yang berjaya mendapat pangkat Koperal di peringkat daerah.

0 comments:

Post a Comment