Thursday 1 June 2017

PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET SK LUBOK TERAS

Program Pembangunan Atlet dan Sukan Olahraga merupakan fokus utama kepada program pembangunan murid SKLT. Secara keseluruhannya, pencapaian SK Lubok Teras dalam bidang olahraga sebelum tahun 2015 adalah kurang memberangsangkan. Mengikut rekod kami, sepanjang 30 tahun penubuhan sekolah, hanya beberapa kali sahaja SKLT pernah memenangi pingat dalam acara olahraga di peringkat daerah. Dan satu-satunya rekod yang boleh disahkan ialah pada tahun 2013, iaitu pingat gangsa dimenangi oleh Ahmad Raihan Aiani dalam acara Lompat Jauh L12. Untuk tahun 2014 dan 2015, tiada sebarang kutipan pingat dipungut oleh mana-mana atlet SK Lubok Teras dalam acara olahraga.

RASIONAL
Program Olahraga pada mulanya telah dicadangkan oleh Encik Hafiz Abdullah pada Mesyuarat Awal Tahun Sesi Persekolahan 2016. Objektif utama pada ketika itu adalah mengangkat potensi sukan yang ada dalam diri murid bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke sekolah-sekolah sukan


KONSEP PELAKSANAAN

Program Latihan
Konsep pelaksanaan program ini adalah latihan secara berterusan dan terancang. Latihan secara tersusun dan terancang ini akan dipantau oleh sekurag-kurangnya seorang guru. Modul, video latihan, contoh pelaksanaan dan langkah-langkah terlibat akan diberi kepada guru yang bertugas, manakala semua guru dikehendaki untuk tahu serba sedikit mengenai semua aspek berkaitan. Ini membolehkan PPSO dijalankan sepanjang tahun dan tidak terikat kepada seorang guru atau jurulatih sahaja.





Kerjasama Luar
Bagi menguji dan meningkatkan persaingan murid, sekolah akan menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan samada oleh pihak PPD, JPN atau pihak swasta dan NGO luar. Sekolah juga akan mengadakan kerjasama dengan sekolah-sekolah yang berdekatan dari segi latihan dan pertandingan. Ini termasuklah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari sekolah yang mempunyai program olahraga yang mantap sepertimana di SK Kampung Bukit. Pihak sekolah akan turut memohon bantuan daripada pihak PPD Setiu bagi membolehkan atlet-atlet sekolah berlatih di tempat yang mempunyai kemudahan trek seperti di SMK Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu).



Program Insentif
Program insentif dalam PPSO adalaha salah-satu komponen penting bagi memastikan murid yang berjaya diberi penghargaan seadanya.


Penerapan Nilai



AMALAN TAMBAHAN











0 comments:

Post a Comment