We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 31 December 2018

REKOD KEJAYAAN 2015 - 2018

KEJAYAAN SK LUBOK TERAS 2015 - 2018

18 ZON
73 DAERAH
42 NEGERI
21 KEBANGSAAN

ZON
  1. Naib Johan Action Song ZST 2015
  2. Naib Johan Public Speaking (Alia Nabila) ZST 2015
  3. Naib Johan Bola Baling P12 ZST 2015
  4. Naib Johan Sahibba (Aina Nabila) ZST 2015
  5. Ke-3 Smart English YDSM ZST 2015
  6. Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Perempuan B12 Zon Setiu Timur 2016
  7. Johan Action Song Smart English YDSM Zon Setiu Timur 2016
  8. Johan Keseluruhan Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan Zon Setiu Timur 2016
  9. Johan Bercerita Kisah Al-Quran (Ahmad Iskandar) Karnival Dakwah Zon Setiu Timur 2016
  10. Ke-3 Tilawah Al-Quran (Syahmi Hakim) Karnival Dakwah Zon Setiu Timur 2017
  11. Ke-3 Sahibba Bahasa Melayu (Fariesa Najwa) ZST 2017
  12. Ke-3 Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan Zon Setiu Timur 2017
  13. Johan P12 Kejohanan Bola Baling ZST 2017
  14. Johan Public Speaking (Aini Najwa) ZST 2017
  15. Johan Bola Baling Perempuan 2018
  16. Naib Johan Bercerita Kisah Al-Quran (Alif Aiman) 2018
  17. Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 (Alya Amalia) 2018
  18. Naib Johan Sahibba Bahasa Melayu (Nor Syamimie Munirah) 2018


DAERAH
  1. Naib Johan Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan 2015
  2. Ke-3 Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2015
  3. Sekolah dengan Bilangan Koperal Teramai Lulus Ujian Kenaikan Pangkat 2015
  4. Naib Johan P12 (Intan Shafika) Kejohanan Merentas Desa 2016
  5. Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa Daerah Setiu 2016
  6. Emas Acara Lompat Jauh P11 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2016
  7. Emas Lontar Peluru P11(Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2016
  8. Emas Lari Berpagar L11 Daerah Setiu (Amirrudin Ali) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2016
  9. Tempat ke-3 keseluruhan Kejohanan Olahraga Daerah Setiu 2016
  10. Naib Johan Keseluruhan Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan Daerah Setiu 2016
  11. Naib Johan Kejohanan Badminton L11 (Amirrudin Ali) MSSD Setiu 2016
  12. Emas Lompat Jauh P11 (Siti Nuruldiana Alya) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  13. Emas Lompat Jauh L11 (Amirrudin Ali) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  14. Emas Lompat Tinggi L11 (Amirrudin Ali)  Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  15. Emas 100m P11 (Siti Nuruldiana Alya) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  16. Emas 200m P11 (Intan Shafika) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  17. Johan Keseluruhan Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2016
  18. Naib Johan Bola Baling B11 Pembangunan MSSD Setiu 2016
  19. Johan P11 (Wan Nurnatasha Atiqah) Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  20. Naib Johan P11 (Intan Shafika) Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  21. Ketiga P11 (Nor Syamimie) Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  22. Ke-4 P11 (Nur Iman Izzatti) Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  23. Ke-4 L11 (Amirrudin Ali) Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  24. Johan Keseluruhan Karnival Pembangunan Merentas Desa MSSD Setiu 2016
  25. Sekolah dengan bilangan kadet berpangkat Sarjan teramai di Daerah Setiu, Kursus Kenaikan Pangkat TKRS Daerah.
  26. Johan P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017
  27. Naib Johan P12 (Intan Shafika) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017
  28. Ketiga P12 (Nur Iman Izzatti) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017
  29. Ke-4 P12 (Wan Nurnatasha Atiqah) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017
  30. Johan Keseluruhan P12 Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017
  31. Rekod Baru Kejohanan (Amirrudin Ali) Lari Berpagar L12 Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  32. Rekod Baru Kejohanan (Siti Nuruldiana Alya) Lompat Jauh P12 Olahraga MSSD Setiu 2017
  33. Rekod Baru Kejohanan (Nor Syamimie Munirah) Lompat Jauh P11 Olahraga MSSD Setiu 2017
  34. Emas 100m P12 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  35. Emas Lompat Jauh P12 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  36. Emas 200m P12 (Wan Nurnatasha Atiqah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  37. Emas Lompat Jauh P11 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  38. Emas 100m P11 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  39. Perak 100m P11 (Intan Shafika) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  40. Perak 200m P12 (Nur Iman Izzatti) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  41. Perak 80mLB L12 (Amirrudin Ali) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  42. Peserta Terbaik P11 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  43. Peserta Terbaik L12 (Amirrudin Ali) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  44. Johan Keseluruhan (5E 4P) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2017
  45. Naib Johan Public Speaking (Aini Najwa) Karnival Bahasa Inggeris Daerah Setiu 2017
  46. UPSR Terbaik Daerah Setiu 2017
  47. Emas 100m P11 (Nor Syamimie) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2017
  48. Emas 200m P11 (Intan Shafika) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2017
  49. Perak 400m P14 (Wan Nurnatasha) Karnival Pembangunan Olahraga MSSD Setiu 2017
  50. Johan Sahibba Bahasa Melayu Daerah Setiu 2018
  51. Johan Keseluruhan P12 Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2018
  52. Tempat Pertama P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2018
  53. Tempat Kedua P12 (Intan Shafika) Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2018
  54. Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  55. Emas 100M P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  56. Emas Lompat Jauh P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  57. Emas 200M P12 (Intan Shafika) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  58. Perak 100M P11 (Nur Ain Farisya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  59. Perak 80M Lari Berpagar (Nur Ain Farisya) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  60. Peserta Terbaik P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSSD Setiu 2018
  61. Perak 400M P14 (Nor Syamimie) Mini Event Olahraga MSSD Setiu 2018
  62. Perak 200M P11 (Nur Ain Farisya) Mini Event Olahraga MSSD Setiu 2018
  63. Gangsa 400M (Intan Shafika) P14 Mini Event Olahraga MSSD Setiu 2018
  64. Johan Kawad Kaki Puteri Perkhemahan TKRS Daerah Setiu 2018
  65. Ketiga Kawad Kaki Putera Perkhemahan TKRS Daerah Setiu 2018
  66. Ketiga Persembahan Kebudayaan Perkhemahan TKRS Daerah Setiu 2018
  67. Ketua Platun Terbaik Puteri (Nur Ain Farisya) Perkhemahan TKRS Daerah Setiu 2018
  68. Ketua Platun Terbaik Putera (Afiq Aiman) Perkhemahan TKRS Daerah Setiu 2018
  69. Johan P11 (Nur Ain Farisya) Kejohanan Merentas Desa Sultan Mizan Cup 2018
  70. Perak 100M L10 (Ally Iskandar) Karnival Olahraga Setiu Strike 2018
  71. Emas 200M P11 (Nur Ain Farisya) Karnival Olahraga Setiu Strike 2018
  72. Perak 400M P14 (Intan Shafika) Karnival Olahraga Setiu Strike 2018
  73. Perak Lompat Jauh P14 (Nur Izzati Balqis) Karnival Olahraga Setiu Strike 2018



NEGERI
  1. Johan Ikatan Perkhemahan (Nur Izzati Izaman) Perkhemahan PBB Rendah Terengganu 2015
  2. Johan Keseluruhan (Nur Izzati & Nur Sahira) Perkhemahan PBB Rendah Terengganu 2015
  3. Tempat Ketiga Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri 2016
  4. Tempat ke-4 Larian Berganti 2.5KM Peringkat Negeri 2016
  5. Emas acara Lompat Jauh P11 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSST 2016
  6. Naib Johan P12 (Intan Shafika) TIEP Cross Country Sultan Mizan Cup 2016
  7. Ketiga P12 (Nor Syamimie Munirah) TIEP Cross Country Sultan Mizan Cup 2016
  8. 5 orang murid dalam kelompok 100 Terbaik Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2016
  9. Emas Lompat Jauh P11 (Siti Nuruldiana Alya) Karnival Pembangunan Olahraga MSST 2016
  10. Perak 100m P11 (Siti Nuruldiana Alya) Karnival Pembangunan Olahraga MSST 2016
  11. Pencapaian 100% Lulus UPSR 2016
  12. 5 Sekolah Terbaik Negeri Terengganu UPSR 2016
  13. Sekolah Terbaik Negeri Terengganu UPSR 2017 (GPS & 100% LULUS)
  14. 100% Murid ditawarkan ke Sekolah Kawalan UPSR 2017
  15. Emas 100m P12 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSST 2017
  16. Emas 80m LB L12 (Amirrudin Ali) Kejohanan Olahraga MSST 2017
  17. Perak Lompat Jauh P12 (Siti Nuruldiana Alya) Kejohanan Olahraga MSST 2017
  18. Perak 100m P11 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSST 2017
  19. Gangsa 4x200m L12 (Amirrudin Ali) Kejohanan Olahraga MSST 2017
  20. Naib Johan Kawad Kaki Putera Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Negeri 2017
  21. Johan Kawad Kaki Puteri Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Negeri 2017
  22. Ke-3 Pertandingan Gajet Puteri Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Negeri 2017
  23. Johan Kawad Kaki TKRS Putera Pertandingan Kawad Kaki TKRS Negeri Terengganu
  24. Johan Kawad Kaki TKRS Puteri Pertandingan Kawad Kaki TKRS Negeri Terengganu
  25. Emas 200m P12 (Intan Shafika) Karnival Pembangunan Olahraga MSST 2017
  26. Perak 100m P11 (Nor Syamimie Munirah) Karnival Pembangunan Olahraga MSST 2017
  27. Squad Leader TKRS Puteri Negeri (Aina Adyriana) Perkhemahan Perdana KRS TKRS 2017
  28. Emas 200M P12 (Nor Syamimie Munirah) Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018
  29. Emas 4x200M P12 Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018
  30. Perak 100M P12 (Nor Syamimie) Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018
  31. Perak 4x100M P12 Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018
  32. Gangsa 200M P12 (Intan Shafika) Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018
  33. Kelima Sahibba Bahasa Melayu Peringkat Negeri Terengganu 2018
  34. Johan Kawad Kaki Puteri Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2018
  35. Johan Kawad Kaki Putera Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2018
  36. Johan Hafazan Putera Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2018
  37. Johan Gerak Waja Putera Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2018
  38. Naib Johan Amalan Terbaik Bimbingan Kaunseling 2018
  39. Naib Johan Hafazan Puteri Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2018
  40. Ketua Platun Terbaik Puteri Perkhemahan KRS TKRS Negeri Terengganu 2018
  41. Johan Keseluruhan Perkhemahan KRS TKRS Negeri Terengganu 2018
  42. Anugerah Pasukan TKRS Cemerlang Negeri Terengganu 2018



KEBANGSAAN
  1. Nur Izzati Izaman mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan PBB Peringkat Kebangsaan 2015
  2. Amirrudin Ali mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2017
  3. Siti Nuruldiana Alya mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2017
  4. Aina Adyriana, Aini Najwa dan Aisyah Sofia mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2017
  5. Naib Johan Pandu Arah Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2017
  6. Program Pembangunan Atlet ke peringkat kebangsaan di Karnival Pendidikan IAB  2017
  7. Program Movie Night mewakili Terengganu ke Karnival HIP Kebangsaan 2017
  8. Nor Syammie Munirah wakili Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2018
  9. Intan Shafika mewakili Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2018
  10. 5 Puteri TKRS (Alisah Maisarah, Izzati Balqis, Nur Ain Farisya, Amiza Nafisa, Nurul Asyirah Nadihah) mewakili Terengganu ke Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2018 di Tangok, Kelantan.
  11. Johan Kawad Kaki Puteri Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2018
  12. 13 Kadet TKRS mewakili Terengganu ke Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Bulan Patriotik Peringkat Kebangsaan 2018 di Sungai Petani, Kedah.
  13. Naib Johan TKRS Puteri Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Bulan Patriotik Peringkat Kebangsaan 2018
  14. Naib Johan Rentas Halangan Puteri Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2018
  15. Naib Johan Keseluruhan Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2018
  16. Program Movie Night mewakili Terengganu ke Karnival HIP Peringkat Kebangsaan 2018
  17. Naib Johan HIP In My School Poster Competition: Karnival HIP Peringkat Kebangsaan 2018
  18. Ketua Platun Ketiga Terbaik Puteri (Nur Ain Farisya) Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Kebangsaan 2018
  19. Ke-4 TKRS Putera Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2018
  20. Kelima 4x100M P12 Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2018
  21. Ke-5 Anugerah Kokurikulum Kebangsaan Pasukan TKRS Cemerlang Malaysia 2018.



Sunday 25 November 2018

SYAMIMIE TOKOH KOKURIKULUM 2018




Syamimie pada Mac 2018 ketika menerima Anugerah Olahragawati P12 Terbaik MSS Terengganu 2018
Bersempana dengan Hari Anugerah Kecemerlangan 2018, Nor Syamimie Munirah telah diumumkan sebagai Tokoh Ko-Kurikulum SK Lubok Teras untuk tahun ini. Atlet premier SKLT ini telah dipilih bukan sahaja atas pencapaian beliau dalam bidang sukan, malah turut menyerlah dalam bidang ko-akademik, badan beruniform, kepimpinan serta akademik.

Berikut adalah biodata diri beliau yang dibacakan kepada umum semasa penganugerahan baru-baru ini.

Nama penuh beliau ialah Nor Syamimie Munirah binti Idham Halimi. Penerima tokoh ini merupakan seorang anak yang begitu aktif dalam bidang sukan.. Beliau yang dilahirkan pada 16 Januari 2006 jam 4.25 pagi ini merupakan anak kesayangan kepada pasangan Encik Idham Halimi dan Puan Norfazura. Anak ini membesar menjadi seorang murid yang begitu aktif, samada di sekolah mahu pun di rumah. Semenjak dari kecil lagi, anak ini boleh dilihat begitu aktif berlari di sekeliling kampong atau berenang di sungai nerus tercinta.

Memasuki alam persekolahan rendah, anak ini terus sahaja muncul sebagai murid yang begitu cemerlang, samada dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Beliau secara konsisten sentiasa mendapat tempat tiga terbaik di dalam kelas dari Tahun 1 sehinggalah ke Tahun 6.

Memasuki Tahun 4, bakat beliau dalam bidang sukan mula terserlah dengan begitu cemerlang. Murid yang pernah menangis teresak-esak kerana kalah kepada murid yang lebih tua daripada beliau dalam acara 100m 2 tahun lepas, kini merupakan Pemegang Rekod 100m p12 daerah Setiu, memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Malaysia, Azreen Nabila bt Alias sebelum ini.

Malah, pencapaian beliau kerap kali diiktiraf di peringkat daerah mahu pun negeri, Ini terbukti apabila beliau 2 tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Sekolah Rendah olahraga peringkat daerah Setiu dan lebih membanggakan, pada tahun ini, beliau dipilih sebagai Olahragawati Balapan dan Padang Negeri Terengganu bagi perempuan sekolah rendah.

Naib Ketua Pelajar 1 SK Lubok Teras ini juga turut cemerlang dalam bidang ko-akademik apabila muncul Naib Johan Sahibba Zon Setiu Timur, Johan Sahibba Zon Setiu Timur dan Top 5 Sahibba peringkat negeri Terengganu.

Friday 23 November 2018

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2018

22 November 2018 merupakan Hari Terakhir di SK Lubok Teras untuk sesi persekolahan 2018.
Bahagian pertama penuh dengan keseronokkan. Selepas berakhirnya Pilihanraya Kelab Murid, kami bermain pelbagai permainan bersama. Kemudiannya, sama-sama makan Happy Meals dari Mcdonalds yang ditaja oleh Kelab Murid SKLT dan Mr Hafiz Abdullah.
Turut memeriahkan hari terakhir kami adalah semua staff, kakitangan swasta serta guru Kelas KAFA.


Manakala, bahagian kedua Hari Terakhir Persekolahan 2018 menyaksikan suasana yang begitu berlainan sekali. Bahagian kedua dimulakan dengan pengumuman mengejut oleh Mr Hafiz Abdullah kepada semua murid yang beliau akan berpindah ke sekolah lain mulai 2019. Ini diikuti dengan Mr Hafiz memberikan amanat terakhir kepada setiap seorang murid SKLT bermula dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 5.

Hati mana yang tidak sayu melihat anak-anak ini menangis bercucuran air mata. SK Lubok Teras yang awalnya dipenuhi keceriaan jamuan kini bertukar menjadi suasana penuh kesayuan. Bagi murid-murid Tahun 6 pula, memori indah 6 tahun bersama guru-guru dan rakan seperjuangan, sama-sama mendaki gunung, menggapai puncak kejayaan dan kini, semuanya bakal berakhir.

Anak-anak Tahun 6 Salam, Class of 2018 ini tentunya tidak mampu menahan hiba yang dirasakan.
This is Lubok Teras, we are not just only a school, we are a family. A ONE BIG FAMILY!
Gambar dirakam oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam.























Thursday 22 November 2018

PILIHANRAYA KELAB MURID MERIAH



KHAMIS 22 NOVEMBER - Pilihanraya Kelab Murid SK Lubok Teras kali ke-4 pada hari ini telah berlangsung dengan penuh ringkas tetapi meriah. Pilihanraya tahunan yang diadakan semenjak tahun 2015 ini merupakan satu-satunya pilihanraya yang diadakan di sekolah. Proses pilihanraya ini didedahkan kepada murid-murid bagi mengetahui sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ianya juga bertujuan memupuk daya kepimpinan dan keyakinan diri dikalangan murid-murid SKLT.
Pilihanraya kali ini dimulakan dengan ucapan oleh Mr Hafiz Abdullah selaku penasihat Kelab Murid SKLT. Proses seterusnya diambil alih sepenuhnya oleh murid-murid Tahun 6 yang bertindak sebagai pegawai pemilih.

Proses pencalonan diadakan dengan dua orang penyokong bersama calon yang dipilih ke hadapan bagi diperkenalkan kepada semua murid. Seramai 5 orang calon telah mengambil bahagian. Calon-calon tersebut adalah:1)      Afiq Aiman2)      Syed Alif Shaqir3)      Nur Ain Farisya4)      Nur Asyirah Nadihah5)      Amiza Nafisa
Selepas itu, murid Tahun 6 akan memanggil seorang demi seorang calon bagi memberi ucapan dan membacakan manifesto masing-masing. Suasana gamat dapat dilihat sepanjang proses ini berjalan.
Selepas selesai, maka pemilihan pun diadakan. Sebanyak 2 saluran telah dibuka bagi memastikan proses berjalan dengan lancer. Semua murid termasuklah para guru, staff dan pekerja swasta terlibat dalam pemilihan ini.

Keputusan Pilihanraya diumumkan oleh saudari Alisah Maisarah bt Sapie, selaku Presiden Kelab Murid 2018 dan dibantu oleh saudari Nor Syamimie Munirah bt Idham Halimi, selaku Naib Ketua Pelajar 1.

Keputusan kali ini memihak kepada saudari Amiza Nafisa binti Aznan, yang juga merupakan CFO Kelab Murid 2018. Beliau telah mendapat undi majoriti mengalahkan empat lagi calon yang lain. Buat pengetahuan semua, Amiza Nafisa juga merupakan adik kepada Aini Najwa, CFO Kelab Murid 2016 dan Aina Nabila, Presiden Kelab Murid 2015.

Selepas diumumkan keputusan, maka tibalah masa untuk Presiden memilih AJK Kelab Murid yang bakal menjalankan tugas pada tahun hadapan. Presiden Amiza telah memilih murid-murid berikut sebagai AJK 2019:
1)      Ally Iskandar Fakrulloh2)      Siti Nureisya Idayu3)      Siti Saidatul Alia4)      Afiqzal Hakim5)      Ain Nur Annisa6)      Aleesya Damia7)      Arif Daniel
Semoga Amiza Nafisa akan dapat memimpin Kelab Murid dengan cemerlang pada tahun akan datang.


PRESIDEN KELAB MURID SEBELUM INI

2015 - AINA NABILA BINTI AZNAN
2016 - ANIS FARISHA BINTI SAIDOM
2017 - NUR AISYAH SOFIA BINTI AZMAN
2018 - AMIZA NAFISA BINTI AZNAN










Friday 16 November 2018

ATLET SKLT KE SSBJ-INNOTEX OPEN

Atlet SK Lubok Teras terus melebarkan sayap mereka apabila kini terpilih pula ke SSBJ-Innotex Open 2018. Kejohanan peringkat kebangsaan ini merupakan kejohanan penutup terbesar diari olahraga negara bagi tahun 2018. Kejohanan ini akan memaparkan nama-nama besar olahraga negara sepeti Khairul Hafiz Jantan turut bertanding di trek yang sama.

Atlet SK Lubok Teras yang dipilih ialah Nor Syamimie Munirah, Intan Shafika dan Nur Ain Farisya. Syamimie dan Intan akan bermain dalam acara 100m manakala Nur Ain Farisya pula akan mengambil bahagian dalam acara 80M Lari Berpagar P12.


Atlet-atlet ini telah dibawa oleh jurulatih mereka, Encik Muhammad Hafiz Abdullah.



















Thursday 15 November 2018

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN MERIAH!

Pada 12 -14 November yang lepas, SK Lubok Teras telah mengadakan Perkhemahan Tahunan TKRS SK Lubok Teras dan Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal Tahun 2018. Perkhemahan ini merupakan acara penutup penting bagi tahun ini dalam memastikan kelestarian kecemerlangan murid-murid dalam Unit Beruniform.

Apa yang menariknya, perkhemahan kali ini turut melibatkan ibu bapa, di mana terdapat acara khusus yang disediakan untuk mereka oleh PIBG dan pihak sekolah.

Acara Kukur Kelapa dan Masakan Meriah! Perkhemahan TKRS 2018

Hari pertama perkhemahan dimulakan dengan acara khas untuk ibu bapa yang disediakan oleh pihak PIBG dan sekolah. Ibu bapa dibahagikan kepada platun-platun tertentu mengikut kepada platun anak masing-masing. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti ibu bapa yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami.

Acara dimulakan dengan pertandingan mengopek buah kelapa menggunakan parang yang kemudiannya disambung pula dengan acara mengukur kelapa. Pelbagai aksi dapat dilihat dengan masing-masing menunjukkan kehebatan menggunakan pengukur kelapa tradisional.

Sesudah itu, pertandingan masakan memasak makanan berasaskan santan pula dimulakan. Kali ini golongan ibu pula menunjukkan kepakaran masing-masing dalam memasak.